Friday, January 13, 2012

Taib Mahmud disepina beri keterangan di Mahkamah sebagai saksi

Diterbitkan oleh: Editor@WD
Jumaat, Januari 13, 2012

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah disepina untuk memberi keterangan sebagai saksi dalam pertikaian mengenai harta sepencarian antara anak keduanya, Datuk Mahmud Abu Bekir Taib, dan bekas isterinya, Shahnaz A Majid.

Dokumen mahkamah yang diperolehi Malaysiakini menunjukkan Taib, 72, telah dipanggil memberi keterangan sebagai saksi untuk Shahnaz dalam sambungan perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur Tinggi mulai Isnin.

Sepina yang bertarikh 22 Disember itu dihantar melalui pos berdaftar oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, dan dialamatkan ke kediaman rasmi ketua menteri di Demak Jaya, Jalan Bako, Petra Jaya, Kuching.

Bekir, yang juga timbalan pengerusi kumpulan Cahaya Mata Sarawak, telah berkahwin dengan Shahnaz - kakak ratu jazz Sheila Majid - pada 9 Januari 1992. Mereka mempunyai seorang anak lelaki berumur 17 tahun.

Shahnaz menuntut aset bernilai RM300 juta yang didakwanya harta sepencarian pasangan tersebut selama 19 tahun berkahwin, serta permohonan RM100 juta tuntutan mutaah.
detikdaily
Sumber: Malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment