OXFORD – Seorang ibu, Jayne Soliman melahirkan seorang bayi perempuan ketika masih menggunakan mesin sokongan hayat di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketika mengandung 25 minggu, doktor mengisytiharkan otaknya telah mati iaitu dua hari sebelum dia bersalin di Hospital John Radcliffe, Oxford, Britain.
Pasukan doktor memasukkan dua dos steroid dalam badan Jayne, 41, dan membiarkan wanita itu hidup selama dua hari bagi membolehkan paru-paru anak dalam kandungannya matang.
Suami Jayne, Mahmoud Soliman berkata, bayi yang dinamakan Aya itu diletakkan di bahu isterinya yang mengalami pendarahan otak selepas dia melahirkan anak.
Jayne meninggal dunia selepas doktor mencabut alat bantuan hayat setelah dia melahirkan anak. – Agensi
pengorbanan seorang ibu....
ReplyDeleteTerpaksa...sebab dia dalam keadaan koma
ReplyDelete