January 17, 2012
GUAR CHEMPEDAK – Pekarangan Dewan Serba Guna Guar Chempedak di sini dipenuhi individu layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) disampaikan kerajaan melalui Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Pejabat Pembangunan Negeri Kedah.
Ia dibuat dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Maybank, CIMB Bank, Penyelaras Parlimen Jerai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Chempedak.
Majoriti penerima sesi pertama penyampaian BR1M di Parlimen Jerai ini terdiri daripada warga emas yang kebanyakannya ditemani anak masing-masing.
Turut hadir, Penyelaras Parlimen Jerai, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah yang memberi ucapan sebelum majlis bermula.
Penerima, warga emas, Md Desa Chik, 70, turut mendengar ucapan namun dia dilihat bangun dalam keadaan lemah berikutan keadaannya yang hampir pengsan ketika mengikuti majlis.
Md Desa berkata, dia menghidap penyakit darah tinggi dan pening ketika berada di dalam dewan akibat keadaan panas serta sesak.
“Saya datang dengan anak dari Kampung Raga, Yan, untuk terima BR1M.
“Saya datang sejak jam 7 pagi dan tidak sangka akan berasa pening kepala akibat keadaan sesak dan panas dalam dewan,” katanya.
Katanya, ia mungkin kerana dia hanya sempat makan roti ketika sarapan, bimbang terlewat menerima bantuan berkenaan.
“Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada pihak yang sudi membantu membawa saya keluar dari dewan dan memulihkan keadaan saya,” katanya.
Md Desa berkata, berdasarkan kad jemputan yang diterimanya, dia dikehendaki hadir ke dewan jam 7 pagi.
Md Desa kemudiannya dibantu oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) daerah Yan yang berusaha memulihkan keadaannya di luar dewan.
Sementara itu, warga emas berumur 89 tahun antara penerima BR1M di sini yang tinggal di Kampung Tok Kau.
Warga emas, Fatimah Wahab, 89, berkata, dia menyanjung tinggi usaha kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah sepertinya.
“Seumur hidup saya, tidak pernah lagi kerajaan menyampaikan bantuan sebegini.
“Wang RM500 cukup bermakna bagi warga emas seperti saya dan berharap bantuan sebegini akan diteruskan pada tahun depan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Suhaimi berkata, pihaknya menyediakan tujuh kerusi roda bagi memudahkan warga emas berurusan ketika menuntut BR1M di dewan terbabit.
Menurutnya, sebanyak 10 kaunter dibuka untuk memudahkan orang ramai menukar slip kelulusan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Orang ramai kemudiannya menukarkan baucar terbabit di dalam dewan melalui kaunter Maybank dan CIMB Bank untuk mendapatkan tunai RM500,” katanya.

No comments:
Post a Comment