Saturday, February 25, 2012
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!
Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu. Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara.
Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini.
Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur satu lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan.
Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.
Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.
Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.
Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.
Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.
Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!
Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-
PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),
Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:
Sambungan di bawah
No comments:
Post a Comment