February 19, 2012
“Soi Lek mahu menunjukkan beliau boleh kalahkan Guan Eng, sementara Guan Eng mahu menyampaikan mesej kepada penonton terutamanya komuniti Cina,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Pensyarah UCSI ini berkata Dr Chua melepakan peluang untuk bercakap mengenai dasar Barisan Nasional (BN) yang “diserang sepanjang masa” sementara Lim gagal memberikan tumpuan kepada tawaran Pakatan Rakyat.
Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata debat itu yang disiarkan secara langsung di Astro disifatkan beliau sebagai dua ceramah yang diadakan serentak berbanding debat sebenar.
Beliau berkata Dr Chua dan Lim dilihat lebih berminat menyerang antara satu sama lain daripada menjawab persoalan sebenar atau topik debat iaitu Kaum Cina di Persimpangan. Apakah sistem dua parti akan menjadi sistem dua bangsa?
Wan Saiful berkata moderator Datuk Dr Michael Yeoh daripada Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) telah melakukan tanggungjawab itu lebih baik terutamanya dalam membawa isu-isu penting daripada membenarkan pendebat bebas bercakap.
“Penonton sedikit teruja. Mereka perlu bertenang dan bertindak seperti orang dewasa, bukan macam murid sekolah yang bersorak untuk pihak mereka setiap kali bercakap,” katanya menambah suasana bising akan mengganggu perjalanan program itu.
Pengarah Merdeka Centre Ibrahim Suffian berkata format debat yang disifatkan beliau sebagai “terlalu longgar”, membuatkan debat itu menjadi seperti ceramah selain turut menyalahkan Yeoh kerana tidak mengemudi pendebatan berdasarkan topik.
Beliau mengatakan debat itu kelihatan seperti forum dan penganjur sepatutnya mematuhi “struktur” format yang digunakan pada 2008, semasa debat antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan ketika itu Datuk Ser Shabeery Cheek.
Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu sudah dijangka akan berlaku kerana ia tidak biasa diadakan di Malaysia.
“Ia menunjukkan kita perlukan lebih daripada ini (debat),” katanya.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment