Saturday, February 25, 2012

Kelantan Miskin Bukti UMNO Bohong Bela Melayu

WarkahDaily -- Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, konon Kelantan adalah negeri termiskin jelas menggambarkan dakwaan Umno selama ini konon mereka adalah penyelamat dan orang yang bertanggungjawab menjaga nasib bangsa Melayu di negara ini adalah bohong semata-mata.

Umno selalu mengungkit, kononnya merekalah yang sentiasa membela nasib kaum Melayu di negara ini, padahal melalui kenyataan Najib itu jelas sekali Umno telah gagal membela nasib orang Melayu semata-mata kerana dendam terhadap rakyat Kelantan yang memilih PAS sebagai kerajaan.

Padahal Kelantan merupakan sebuah negeri dalam Malaysia dan majoriti rakyatnya adalah berbangsa Melayu, namun kerana kedangkalan dan ketidakwarasan pemimpin Umno, bangsa Melayu di Kelantan telah menjadi mangsa keadaan, bahkan secara terang-terangan telah dikhianati sendiri oleh pemimpin Umno dari Kelantan yang menyokong kerajaan pusat menafikan hak Kelantan untuk mendapat hasil royalti minyak yang diperolehi di perairan Kelantan.

Apa jadah engkau jadi Perdana Menteri Malaysia jika rakyat Kelantan yang majoriti bangsa Melayu telah diabai oleh kerajaan pusat? Baik engkau jadi Perdana Menteri negeri Umno aje. Memang sah, 6 orang Perdana Menteri dari Umno selama ini telah gagal memerintah Malaysia kerana masih ada lagi negeri yang miskin. Kecualilah Umno isytiharkan 6 orang Perdana Menteri selama ini termasuk Najib adalah Perdana Menteri negeri Umno sahaja dan segala cukai dari rakyat di bawah pemerintahan PAS dan Pakatan Rakyat tidak dikutip.

Pemimpin Umno perlu tahu, rakyat Kelantan juga membayar pelbagai cukai. Sepatutnya kerajaan pusat juga harus mengagihkan peruntukan kewangan yang sama terhadap negeri Kelantan seperti mana negeri-negeri yang diperintah oleh Umno-BN.

Dipetik dari Harakahdaily, veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa kenyataan Najib konon Kelantan menjadi negeri miskin tercorot sejak diperintah kerajaan PAS adalah tidak wajar dan memalukan.

Katanya, adalah tidak molek untuk seorang pemimpin negara bercakap sedemikian apatah lagi dengan nada menghina negeri tersebut semata-mata kerana Kelantan diperintah oleh kerajaan PAS.

"Kita tak boleh lah berbangga ini negeri sudah tidak miskin lagi, negeri Kelantan sudah jadi termiskin.

"Saya tak nak dengar percakapan macam itu, buat malu sahaja," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib di satu majlis Lahad Datu, baru-baru ini kononnya Kelantan adalah negeri miskin tercorot dan bukan lagi Sabah, negeri dibawah bayu itu.

Najib berkata kedudukan tercorot itu bermula sejak negeri tersebut berada di bawah pemerintahan kerajaan PAS Kelantan.

"Kita boleh rasa seronok lah dengar berita ini, tapi takkan lah kita nak biar Kelantan menjadi negeri termiskin pulak.

"Apakah kita ini nak terus membanding satu negeri yang miskin dengan satu negeri yang lain. Sampai bila kita nak tengok negeri ini miskin," soal Ku Li lagi yang juga anak kelahiran Kelantan dan kini ahli parlimen Gua Musang.

Mengulas lanjut perkara itu Ku Li berkata, jika benar sekalipun Sabah sudah mengatasi Kelantan, seorang pemimpin negara sewajarnya memikirkan langkah penyelesaian untuk memajukan negeri yang didakwa tercorot itu, dan bukan hanya mengeluarkan kenyataan seolah-olah berbangga dengan perbezaan kedua-dua negeri tersebut.

Apatah lagi katanya majoriti masyarakat di Kelantan adalah Melayu dan sewajarnya dibantu.

"Macam Kelantan pulak, yang tinggal di sana anak Melayu. Takkan kita tak nak cari jalan nak perbaiki kehidupan orang Melayu di Kelantan berbanding dengan orang-orang lain.

"Kita juga nak pejuangkan anak-anak Melayu dapat nikmat daripada minyak (royalti) dan sebagainya supaya kehidupan mereka berubah dan taraf hidup mereka meningkat naik berbanding orang lain," tegasnya yang juga kini sebagai Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Cukai dari rakyat Kelantan pandai pulak dipungut, tapi peruntukan kewangan untuk pembelaan nasib rakyat Kelantan dinafikan pula. Memang muka tak malu.

Jelas, Umno hanya berbohong membantu orang Melayu selama ini. Umno sebenarnya adalah pengkhianat bangsa Melayu.

Melayu akan hancur selagi Umno memerintah negara ini. Ayuh rakyat Malaysia, jatuhkan kerajaan Umno-BN dalam PRU-13 nanti agar Melayu dapat diselamatkan dari cengkaman pengkhianatan Umno terhadap bangsa sendiri.

No comments:

Post a Comment