posted by indah.com
18 Feb 2012
Seorang laki-laki di England terpaksa merelakan kemaluannya dibuang sebab ternyata terkena kanser yang telah parah.
Bermula dari satu peristiwa kecelakaan kerja pada April 2008, Boguslaw Faber (50 tahun) mengalami sakit di sekitar kemaluannya. Setelah mendapat pertolongan pertama, ia kembali lagi ke hospital 3 bulan kemudian kerana kesakitannya tidak hilang.
Faber kembali diberi antibiotik oleh doktor di bahagian urologi, namun tidak juga mampu mengatasi masalahnya meski resepnya sudah dibuat berkali-kali. Selain antibiotik, Faber juga mendapat ubat antikuman kerana doktor mengira kesakitan di kemaluannya adalah gejala infeksi penyakit kulit.
Setahun kemudian kerana tidak sembuh juga, Faber menjalani biopsi atau pemeriksaan jaringan untuk mendeteksi kemungkinan kanser. Namun ketika itu, biopsi di Royal London Hospital menunjukkan hasil negatif berkemungkinan adanya kanser.
Kerana sakit nyerinya makin menjadi, Faber menjalani biopsi kedua pada Oktober 2009. Kali ini hasilnya berbeza, ia didiagnosis positif menderita kanser langka pada penis yang sudah parah dan selnya menjalar ke bahagian lain yakni kaki serta kelenjar tiroid.
Hal yang menyakitkan adalah, ketika doktor membandingkan hasil biopsi kedua dengan biopsi pertama ternyata hasilnya sama saja. Artinya kanser di kemaluan Faber seharusnya boleh terdeteksi lebih awal lagi sehingga menanganinya boleh lebih mudah dilakukan.
Kini Faber terpaksa merelakan sebagian kecil alat vitalnya yang sudah digerogoti kanser itu untuk dibuang. Bukan itu saja, kelenjar tiroidnya juga harus dioperasi untuk mencegah sel-sel kansernya semakin menjalar ke bahagian tubuh yang lain.
Atas kecuaian itu, Faber mengajukan saman senilai 300 ribu poundsterling . Dikutip dari Telegraph, Jumaat (17/2/2012), saman itu ditujukan sebagai ganti rugi kerana selain mengalami cacat kekal, Faber juga mengalami goncangan psikologis berupa gangguan stres pasca trauma serta depresi berat.
sumber
No comments:
Post a Comment