22 Februari 2012
Dipetik Harakahdaily hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, beliau ada dimaklumkan oleh banyak pihak bahawa apabila disenaraikan, bererti pemilikan harta khususnya tanah peneroka akan terdedah kepada pasaran terbuka.
Apabila terdedah di pasaran terbuka, tambah beliau, sesiapa sahaja termasuk pihak asing boleh datang untuk membeli saham tersebut dengan berapa harga sekalipun sekiranya mereka mampu.
Oleh itu kata bekas Menteri Kewangan ini, ia akan menyebabkan peneroka bakal berdepan resiko kehilangan aset tanah-tanah mereka sekiranya pemegang saham menjual pegangan mereka.
"Kalau harga melonjak naik, pemegang saham nak rasa keuntungan, sudah tentu dia akan jual (kepada pihak lain)... bodohlah kalau tak jual untuk ambil kesempatan keuntungan.
"Akhirnya tanah yang kita miliki dahulu sudah hilang kerana orang lain sudah memiliki saham yang mempunyai hak ke atas tanah milik kita dahulu. Itu suatu yang bahaya," kata beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li.
Malah menurut beliau, jika nasib mereka tidak baik, peneroka mungkin akan diusir dari tanah yang mereka diami dan usahakan selama ini.
"Ini mati hidup peneroka ke atas tanah yang mereka telah usahakan selama ini.
"Kalau tanah itu dijual oleh kerana saham dijual, maka kita tak ada lagi hubungan dengan tanah itu malah tak ada hak pun nak duduk di situ.
"Saya tak tahu kerajaan ada cara lain untuk menjamin hak peneroka supaya kekal, tetapi saya tak nampak," katanya yang juga Presiden Amanah.
No comments:
Post a Comment