Thursday, February 9, 2012

Lari dari rumah kerana tak sanggup jadi pemuas nafsu

Wartawan Sinar Harian
9 Februari 2012
BALIK PULAU - Gara-gara tidak sanggup lagi menjadi bahan pemuas nafsu seks teman lelaki ibunya sejak awal tahun lalu, seorang pelajar tingkatan dua bertindak melarikan diri dari rumahnya bagi mengelak terus menjadi mangsa keadaan.

Remaja perempuan berkenaan dipercayai bertindak demikian pada 6 Februari lalu selepas suspek berusia 46 tahun itu dikatakan mengugut mahu memukul mangsa sekiranya memberitahu ibunya mengenai perbuatan jijiknya itu.

Difahamkan, suspek dikatakan tinggal bersama keluarga mangsa sejak empat tahun lalu selepas kematian bapanya akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Hatta Md Zin ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku apabila ibu mangsa tiada di rumah dan kali terakhir mangsa didakwa dirogol suspek pada dua minggu lalu, kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, mangsa bertindak meninggalkan rumah tanpa disedari ibunya pada Isnin lalu dan tinggal bersama seorang rakan di Seberang Perai.

Beliau berkata, remaja terbabit bagaimanapun dibawa rakannya untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut kelmarin, kira-kira jam 8 pagi.

“Mangsa turut mengatakan kejadian sama berlaku sejak awal tahun lalu tetapi dia terpaksa mendiamkan diri kerana takut dicederakan.

“Remaja terbabit kini berada di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut kesihatan dan polis telah memanggil ibunya untuk siasatan,” katanya.
www.sinarharian.com.my

No comments:

Post a Comment