Monday, February 27, 2012

Pembunuh Bersiri Potong Jari Sendiri, Masukkan Dalam Sampul Surat

Gambar dailytelegraph

SYDNEY – Seorang pembunuh bersiri Australia, Ivan Milat,64, dihantar ke sebuah hospital semalam selepas dia memotong sebatang jarinya ketika berada dalam bilik penjara, kata beberapa pegawai.

Menurut mereka, Milat  memotong sebatang jari kiri sebelum memasukkannya ke dalam sampul surat dan diserahkan kepada seorang pengawal.

Sampul surat itu mempunyai alamat supaya dihantar ke Mahkamah Tinggi.
Milat kini menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh tujuh pelancong beg galas, lima daripadanya rakyat asing di Australia pada 1990-an.
 Pada tahun 1996 dia didapati bersalah kerana membunuh dua pelancung Britain, tiga rakyat Jerman dan dua penduduk Australia.

Ketika di hospital, dia selamba saja dan tidak menyesal  kerana kehilangan sebatang jari.

Antara isi surat yang dihantar kepada adik lelakinya Bill Milat berbunyi " Aku tidak menyesal,walau pun itu kerja bodoh"

catatan indah.com on 27 Feb 2012

No comments:

Post a Comment