Thursday, February 23, 2012

Penjenayah Ini Sudah 40 Kali Masuk Penjara

 Posted by Rafly Rindengan on Feb 23, 2012 

Stephen Brewster
Stephen Brewster telah ditangkap sebanyak 40 kali di negara  Sarasota, Florida
Bicara soal masuk keluar penjara, lelaki dari  Florida ini boleh  dikatakan sebagai ahlinya. Kerana, pada Selasa (21/02) adalah yang ke-40 kalinya Stephen Brewster ditangkap di negara bahagian Sarasota, Florida.

Berdasarkan keterangan pers dari polis ,lelaki berusia 32 tahun tersebut ditangkap atas tuduhan melakukan pencurian kereta.
Menurut laporan WTSP, catatan jenayah Brewster antara lain adalah, penipuan, pencurian, perompakan, pengrusakan fasiliti umum, pencurian kad kredit, dan banyak lagi.

“Dia telah melalui sistem pengadilan yang begitu banyak. Mungkin dia lebih tahu daripada saya,” tutur Sheriff Sarasota, Tom Knight.
Belum jelas berapa lama Brewster akan mendekam di penjara pacubaan, menurut Herald-Tribune.

Masalah ini juga membuat frustasi bagi sang sheriff, yang secara teratur harus memproses Brewster dan menghabiskan wang daerah.
“Jika ada orang yang memiliki jawaban untuk masalah ini, kami akan sangat senang menerimanya. Kerana ini membuat kami frustasi dengan menangkap orang yang sama berulang-ulang.” tambah Knight.

Sementara itu, menurut laporan The Gainesville Sun, seorang Florida lain, Lisa Riley, ditangkap untuk yang ke-41 kalinya pada Minggu (19/02), meskipun tidak semua dari penangkapannya berada di daerah yang sama.
ManadoToday

No comments:

Post a Comment