Sunday, February 5, 2012

Raungan seorang suami

NGERI... wanita ditemui mati di dalam  kereta akibat dijerut dan ditikam di leher di  tempat letak kereta.
NGERI... wanita ditemui mati di dalam kereta akibat dijerut 
dan ditikam di leher di tempat letak kereta.
SEDIH... beberapa ahli keluarga  menunggu siasatan pihak polis selesai.
SEDIH... beberapa ahli keluarga menunggu siasatan pihak polis selesai.
SERDANG: Seorang suami hanya mampu meraung apabila menemui mayat isterinya berlumuran darah dengan kesan jerutan dan tikaman di leher di dalam kereta Honda City miliknya 200 meter dari pejabat wanita itu bekerja, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian di tempat letak kereta Pusat Perniagaan Cheong Hin berhampiran Plaza South City, mangsa ditemui jam 10.30 malam oleh suaminya yang mencari mangsa yang tidak pulang ke rumah sebaik habis waktu kerja.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, pemeriksaan di tempat kejadian menemui sebilah pisau sepanjang enam inci dan seutas wayar pembesar suara sepanjang satu kaki dipercayai digunakan suspek.
“Mangsa berusia 39 tahun dan bekerja sebagai pembantu peribadi di sebuah syarikat teknologi maklumat sejak empat tahun lalu.

“Kelewatan mangsa pulang ke rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong, yang sepatutnya tiba jam 8 malam, menyebabkan suaminya risau dan terus menghubungi majikannya,” katanya.

Menurutnya, si suami menemui isterinya terbaring tidak bernyawa di dalam kereta dipandunya.

Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan dan percaya ia dilakukan lebih daripada seorang suspek, namun mengesahkan tiada pergelutan berlaku.

Katanya, ketika ditemui kereta mangsa tertutup rapat tetapi tidak berkunci, manakala mayat mangsa berada di tempat duduk depan bahagian penumpang.
“Kami tidak menolak kemungkinan pembunuhan dilakukan ketika hujan lebat, menyebabkan jenayah itu gagal disedari orang awam,” katanya.

Difahamkan, beberapa barangan berharga, termasuk beg tangan dan telefon bimbit mangsa, turut hilang.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment