Rabu 1 Feb 2012
Kabartop.com - Seorang wanita muda Afghanistan yang bernama Storai melahirkan bayi perempuan yang ketiga, tiga bulan lalu. Namun, kata pihak yang boleh dipercayai , suaminya menuntut seorang anak laki-laki. Dan suaminya inilah yang membunuh isterinya tersebut dengan cara melillitkan tali dileher wanita itu dan mencekiknya hingga mati minggu lalu.
Jenazah wanita yang berusia 22 tahun itu ditemukan polis beberapa jam kemudian di kamarnya. Storai dikuburkan sehari kemudian, yaitu pada tanggal 26 Januari.
Kematian Storai merupakan sebuah reminder mengerikan tentang status kaum perempuan di Afganistan. Hal yang juga mengganggu adalah kenyataan bahawa sang suami, yang dikenali sebagai Sher Mohammad (30), dicurigai sebagai anggota tentera tempatan . Milisi, kata para pejabat polis dan pemerintah, telah menjamur di kawasan itu. Mereka telah terlibat pelanggaran undang-undang dan kekerasan, termasuk dalam rumah tangga.
Menurut khabar polis menerangkan, Storai menikah empat tahun lalu, ketika dia masih berumur 18 tahun. Sebelum melahirkan anak ketiga itu, ia sudah punya dua anak perempuan lain, yang masing-masing berumur 3 tahun dan 2 tahun.
Pada bulan-bulan setelah kelahiran puteri ketiganya, suami dan ibu mertuanya mengomeli dia. Mereka bertengkar kerana Storai kembali memiliki anak perempuan, kata Nadera Geya, ketua Direktorat Urusan Perempuan di Kunduz.
Setelah kematian Storai di Mafali, sebuah desa di Distrik Khanabad di tenggara Kunduz, sang ibu mertua menempatkan sebuah tali di jendela kamar menantunya itu demi memberi kesan bahawa menantunya meninggal kerana bunuh diri, kata Geya.
Namun, ada tanda-tanda penyiksaan yang memunculkan kecurigaan bahawa Storai dibunuh, kata Geya lagi. "Ibu mertuanya mencekik dia dengan tali, lalu mengatakan menantunya bunuh diri. Jelas itu tidak benar," kata Geya.
"Mereka membunuh dia kerana mereka tidak ingin dia melahirkan anak perempuan lagi." jelas Geya. Demikian apa yang dilansir dari Kompas.com, Selasa (31/01/12).
catatan indah.com
No comments:
Post a Comment