Friday, February 24, 2012

Satu keluarga di Jepun mati kelaparan

 24 Feb 2012
Foto: Orange
Foto: Orange
TOKYO - Rakyat meninggal kerana kelaparan di negara maju seperti Jepun, tentunya menimbulkan pertanyaan besar.

Peristiwa ini diawali dengan laporan dari matinya tiga orang dalam satu keluarga di satu apartmen di Saitama, sebelah utara Tokyo. Mayat mereka ditemukan dua bulan setelah kematiannya. 

Penyebab kematian pun tragis, mereka meninggal kerana lapar di apartmen tempat tinggalnya sendiri. Satu orang korban meninggal diketahui pasangan suami-isteri berusia sekira 60 tahun dan seorang puteranya yang berusia 30 tahun.

Penemuan mayat satu keluarga ini pun dilaporkan oleh pemilik apartmen yang tidak boleh menghubungi mereka. Ketika polis  memasuki apartmen, mayat mangsa tampak sudah membusuk dan posisinya berada di atas kasur lantai yang biasa digunakan warga Jepun.

Kes   rakyat meninggal di Jepun akibat kelaparan ini menimbulkan pertanyaan terhadap pemerintah, atas meningkatnya jumlah warga miskin dan warga yang tidak memiliki pekerjaan di negara yang perekonomiannya terbesar ketiga dunia.

Korban sepertinya tidak mendapat perhatian lebih dari pemerintah, kerana status mereka sebagai warga miskin. Keluarga malang itu diketahui tidak boleh membayar wang sewa apartmen dan tidak mampu memenuhi keperluannya sehari-hari.

Beberapa pihak beranggapan keluarga ini merasa malu baawa mereka memang memerlukan bantuan kewangan. Saat didekati oleh pihak pengelola apartmen, isteri dari korban yang meninggal sempat mengaku bahawa anaknya saat ini tengah bekerja dan suaminya tidak boleh bekerja kerana sakit kuat.

Keluarga ini juga tidak lagi mendapatkan aliran elektrik dan gas. Mereka juga diketahui tidak mendapatkan wang jaminan sosial sejak 2003 silam, dua tahun setelah mereka pindah ke apartmen itu.

No comments:

Post a Comment