Saturday, February 4, 2012

Setelah Membunuh, Lelaki Ini Memakan Otak Dan Mata Mangsa

foto Daily Mail
 Posted by indah.com  4.Feb 12
Connecticut - Dengan tangan bergari , Tyree Lincoln Smith, 35,  berdiri dengan renungan kosong ketika  dia didakwa dengan kes  pembunuhan di mahkamah Connecticut, Amerika Syarikat. Smith membunuh Angel Gonzalez dan lebih kejam lagi, dia  memakan otak dan mata mangsa.

Hakim atas desakan peguam, Smith,  Josph Bruckmann telah memerintahkan supaya penilaian dibuat dan memerintahkannya untuk kekal dalam tahanan sebagai ganti bon AS$1 juta (RM3 juta).

Perbicaraan seterusnya akan berlangsung pada 14 Feb.

Smith didakwa dalam kes pembunuhan Angel Gonzalez yang badan yang ditemukan di tingkat tiga sebuah rumah terbiar

Seperti laporanTelegraph, Khamis (2/2/2012), jaksa penuntut Donal Collimore mendesak hakim untuk memberikan hukuman seberat-beratnya kepada Smith atas jenayah kejam  yang dilakukannya.

Talitcha Frazier, seorang saudara  perempuan ipar mangsa, mengatakan dia bertemu dengan Smith di jalan. "Saya fikir ketika itu saya beritahunya untuk mencari pekerjaan. Saya tidak tahu yang  dia telah membunuh ipar saya," kata Frasier selepas perbicaraan.

Smith menarik perhatian pihak keselamatan  setelah sepupunya menghubungi polis  tentang pembunuhan Gonzales. Menurut sepupu Smith, pelaku datang ke rumahnya pada tanggal 15 Disember 2011 dan mengatakan yang dia ingin melumuri tangannya dengan darah. Setelah itu dia pergi ke rumah kosong yang dulu pernah didudukinya.

Menurut dokumen pengadilan, keesokan harinya, Smith kembali ke rumah sepupunya dengan darah memenuhi tangan, seluar dan kapaknya.

Kepada sepupunya, Smith mengatakan yang dia sedang tidur di beranda rumah kosong tersebut ketika dia dibangunkan oleh seorang lelaki . Smith pun mengaku memukuli wajah dan kepala lelaki  itu dengan kapak. Dia juga mengaku mengambil satu mata mangsa dan sebahagian otaknya lalu memakannya di kubur  sekitar lokasi.

Sepupu Smith kemudian menelepon ibu Smith yang menyarankan polis  untuk memeriksa rumah kosong tersebut. Ibu Smith   menyebutkan bahawa anak lelakinya itu memiliki masalah mental.

 cacatan indah.com

No comments:

Post a Comment