Sunday, February 19, 2012

Terperangkap Selama Dua Bulan, Lelaki Sweden Selamat Dengan Makan Salji

terperangkap dalam salju
Lelaki Sweden berhasil selamat setelah terperangkap dalam mobilnya selama dua bulan dengan makan salji
Seorang  lelaki Sweden berhasil digali keluar hidup-hidup pada   keretanya yang tertutup salji ketika ia terperangkap selama dua bulan tanpa makanan, di sebuah jalur hutan.


Menurut laporan polis  dan penduduk tempatan, lelaki berusia 45 tahun dari Sweden selatan itu ditemukan pada Jumaat (17/02), dalam keadaan kurus dan terlalu lemah berbicara.


Dia ditemukan tidak jauh dari kota Umeå di utara Sweden oleh pemandu kereta salji  yang mengira mereka menemukan sebuah kemalangan kereta, sampai mereka menggali tumpukan salji yang menutupi kereta tersebut dan terkejut adanya seorang yang bergerak ketika melihat melalui jendela.

Lelaki yang ditemukan sementara berbaring di kerusi belakang dalam kantong tidur, mengatakan bahawa ia berada di kereta itu sejak 19 Disember lalu.
“Ini adalah sesuatu yang luar biasa, kerana dia boleh bertahan hidup tanpa makanan dan suhu yang benar-benar dingin,” kata seorang anggota tim penyelamat kepada harian daerah Vasterbottens-Kuriren, yang dikutip Reuters.

Ebbe Nyberg, petugas polis  di Umeå, mengatakan polis  tidak melihat alasan meragukan bahawa orang itu telah terjebak di dalam  kereta .
Rumah Sakit Universiti Umeå dimana lelaki  tersebut dirawat setelah diselamatkan oleh polis dan tim penyelamat, mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa Ia berada dalam kondisi yang baik.

Doktor di rumah sakit mengatakan bahawa manusia biasanya hanya mampu bertahan selama empat minggu tanpa makanan. Menurut doktor Stefan Branth, orang tersebut mungkin selamat kerana makan salji dan masuk kedalam keadaan tidak aktif.

“Seperti beruang yang berhibernasi. Manusia boleh  melakukan itu. Dia mungkin memiliki suhu tubuh sekitar 31 darjah celcius yang sesuai dengan tubuh. Dan kerana suhu yang rendah, maka sedikit energi yang dihabiskan.” jelas Branth.

ketika ini masih polis masih menyiasat sebab-sebab  lelaki tersebut   terperangkap dalam  keretanya.

No comments:

Post a Comment