17 Februari 2012
Presidennya, Nasrudin Hassan berkata, ia langkah terbaik menyelesaikan kemelut yang melanda dan mendapatkan jawapan mutlak berhubung isu wang zakat RM4 juta melebihi jumlah asal dipohon, RM1 juta.
Menurutnya, kesediaan Jamil Khir yang juga Pengerusi Yayasan Taqwa untuk bertemu adalah satu langkah bijak dan menghormati pendirian menteri berkenaan untuk menamatkan apa juga spekulasi.
“Kami akan bertemu di pejabat beliau. Isu zakat bukan satu isu ringan dan perlu diselesaikan dengan segera kerana ia melibatkan sejumlah wang yang banyak.
“Selain penjelasan, kami juga akan menyerahkan memorandum bagi isu sama. Kami melihat perkara ini sudah parah jika benar tiada ketelusan.
“Biarpun pihak Yayasan Taqwa sudah memberikan kenyataan, tetapi itu tidak bermakna ia adalah benar. Kami mempunyai sendiri mempunyai maklumat mengenainya dan akan disemak,” katanya.
Walaupun pengurus besar yayasan itu sudah membuat kenyataan di media mengenai isu zakat ini, namun Nasrudin berkata, ia bukanlah penamat kerana ia perlu diteliti setiap maklumat yang diperoleh.
“Kami ada maklumat mengenai isu zakat ini. Jadi, sebarang kenyataan daripada Yayasan Taqwa akan dibuat perincian dan disemak adakah ia sama dengan maklumat yang kami terima atau sebaliknya.
“Ia hanya akan diputuskan dalam sidang media yang akan diadakan esok (hari ini). Isu ini melibatkan wang zakat dan bukan perkara remeh yang perlu dipertikaikan” katanya.
Sinar Harian semalam, melaporkan kenyataan Pengurus Besar Yayasan Taqwa, Ahmad Ayob Ibrahim yang meminta pihak yang suka membuat dakwaan tidak berasas supaya membuat kaji selidik sebelum membuat sebarang kenyataan.
Ahmad Ayob berkata, yayasan itu memohon RM8.8 juta, tetapi hanya diluluskan RM4 juta dan ia dibayar dua peringkat iaitu RM3 juta pada 30 Jun 2011 dan 30 Jun November 2012.
No comments:
Post a Comment