Mengganti plat belakang kereta dengan logo peribadi sepertinya bukan idea yang baik untuk berkendaraan di negara manapun, walaupun jika dirimu adalah seorang superhero terkenal.
Rabu kelmarin nampaknya bukan hari yang baik bagi si putera kalelawar, polis memberhentikan keretanya kerana mereka tidak menemukan plat nombor terpasang di bahagian belakang, ditempat yang seharusnya untuk plat kereta, polis hanya menemukan logo Batman. Para pengguna jalan merakam pemandangan unik ini yang terjadi pada Rabu kelmarin di Maryland.
Lelaki yang tak disebutkan namanya tersebut (tapi yang jelas bukan bernama Bruce Wayne) diinterogasi sebentar sebelum akhirnya dibiarkan bebas. Polis hanya memberi amaran kepada lelaki ini dan dibebaskan dari surat saman. Bukan kerana ia seorang Batman, tapi kerana niat baiknya yang ingin memberi kejutan dan hiburan kepada anaknya yang waktu itu sedang terbaring sakit di rumah sakit.
Happy Ending.
No comments:
Post a Comment