Wednesday, March 7, 2012

Bekas Pengawal Palsukan 12 juta poundsterling Perhiasan Ex Isteri Sultan Berunai

Posted by Rafly Rindengan on Mar 07, 2012 
mantan isteri sulntan brunai
Fatimah Kumin Lim (kanan bawah) dituduh mencuri perhiasan mantan istri Sultan Brunei, Mariam Aziz (kiri), dengan menipu anak angkatnya Afifa Abdullah (kanan atas)
Mantan isteri Sultan Brunei telah menuduh mantan pengawalnya mencuri dan menjual berlian langka senilai 12 juta poundsterling  , dan menggantinya dengan perhiasan palsu.

Mariam Aziz (55), mengklaim pengawalnya Fatimah Kumin Lim (34), memalsukan gelang berlian senilai 3.5 juta pound  , dan dua cincin berlian senilai 8.7 juta pound  , pada tahun 2008 dan 2009, dan menggunakan perhiasan tersebut untuk membayar hutang judinya.

Peguam Mariam Aziz, yaitu Max Mallin, mengatakan kepada Mahkamah Tinggi bahawa Lim telah ‘mengaku’ mengambil perhiasan tersebut yang disimpan di rumah senilai 1.7 juta pound   milik majikannya di Kensington, ketika ditanyai oleh polis di Brunei.

Namun, ia menambahkan bahawa Lim sekarang mengklaim ia melakukan pengakuan tersebut kerana ‘dipaksa’.
Lim mengatakan bahawa dia diperintahkan menjual perhiasan tersebut oleh Mariam Aziz, untuk melunasi hutang judinya sendiri, dimana bekas keluarga kerajaan itu memakai nama pengawal untuk menutupi identitinya.

Dalam mahkamah disebutkan bahawa puteri angkat Mariam Aziz, yaitu Afifa Abdullah (26), tertipu kerana meminjamkan dua cincin berlian biru dan kuning kepada Lim, dan cincin itu tidak pernah kembali.

Afifa berkata bahawa Lim meminta untuk meminjam cincin dua kali pada November dan Desember 2009, untuk beberapa jam, dan akan mengembalikannya kepada Afifa.
“Dia (Lim) bilang sedang melakukan banyak transaksi properti dan bertanya kepada saya apakah dia boleh meminjam perhiasan ibu, sesuatu yang berharga dari koleksi ibuku.” kata Afifa.
“Pada waktu itu, saya jelas mempercayainya (Lim). Dia seperti sahabat saya.” tambahnya.

Ia juga mengatakan bahawa sang bodyguard itu memintanya untuk tidak memberitahu ibunya peristiwa tersebut, ketika telah diketahui bahawa cincin yang dipinjamnya itu telah digantikan dengan replika.
Afifa mengatakan bahawa ibunya tidak menyetujui menyerahkan berlian tersebut untuk tertuduh, dan menambahkan bahawa dia mendengar Lim mengaku melakukan pencurian tersebut di Brunei.

Ketika ini Mariam  Aziz sedang mencari ganti rugi atas perhiasannya tersebut, dan sedang mengejar kes lain di mahkamah untuk mengembalikan berlian biru dan kuning dari dealer yang diperkirakan telah membeli mereka di Jenewa.
Manado Today

No comments:

Post a Comment