KUALA LUMPUR 1 Mac: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu diarah membela diri oleh mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penglibatan mereka dalam perhimpunan Bersih 1.0.
Hakim Datuk Ghazali Cha, mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen selepas mendapati terdapat kes prima facie berhubung penyertaan mereka dalam
himpunan berkenaan.
Mahkamah turut mengarahkan keduanya membayar wang jaminan tambahan sebanyak RM3,000.
Sebelum ini, Mohamad Sabu dan Tian Chua didakwa di bawah Seksyen 143 (Penal Code) dan 27A Akta Polis, manakala 15 yang lain didakwa atas kesalahan menyertai perhimpunan haram di bawah Seksyen 143 dan 145.
Hakim memerintahkan supaya tertuduh membela diri di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagjit Singh Bant Singh.
Keadilandaily
No comments:
Post a Comment