Sunday, March 11, 2012

DAP kesan kesilapan pemilih


11 Mac 2012
SEREMBAN – DAP Negeri Sembilan mengesan wujudnya beberapa kesilapan isu pemindahan pemilih berdaftar di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Lobak.
Pengerusinya, Anthony Loke berkata, melalui laporan daftar pemilih tambahan bagi suku ke empat tahun 2011, terdapat beberapa alamat pemilih berdaftar yang tidak sah telah dikenal pasti.

Menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lobak, isu pemindahan pemilih berdaftar yang meragukan itu turut berlaku ke atas 77 pemilih apabila mereka dipindah masuk ke Dun Lobak menggunakan alamat di Taman Sri Amber.

“Daripada jumlah itu, didapati data rekod 70 pemilih berdaftar amat diragui kerana menggunakan pemalsuan alamat yang sama sekali tidak wujud, selain terdapat beberapa bilangan pemilih berdaftar direkodkan pada satu alamat yang sama,” katanya.

Menurutnya, terdapat juga kesilapan sama berlaku di Rumah Pangsa Sri Amber, selepas pihaknya meneliti pelan pembangunan di kawasan rumah pangsa terbabit, merujuk kepada rekod daftar pemilih.
 Wartawan Sinar Harian

No comments:

Post a Comment