Thursday, March 29, 2012

Gara-Gara Cacing, Testis Lelaki Ini Bengkak Dan Berat 50 Kilogram



image

Penyakit kaki gajah yang diderita lelaki berasal Blitar, Jawa Timur, menyebabkan testisnya membesar hingga mencapai berat 50 kilogram.
Lelaki berusia 55 tahun itu hingga Selasa (24/5/2011) ini masih mendapat perawatan secara intensif di RSUD dr Sutomo Surabaya untuk menjalani pembedahan.
Arofan, warga Desa Sukorejo, Udan Awu, Blitar, dibawa ke instalasi gawat darurat (IGD) hospital serta harus mendapatkan perawatan intensif sejak Isnin kelmarin.

Selama 19 tahun, Arofan menderita penyakit yang awalnya disebabkan penyumbatan pembuluh darah kerana cacing fillaria di kedua kakinya. Penyakit merebak hingga mengakibatkan pembesaran pada bahagian scrotum atau testis. Kini berat testis Arofan mencapai 50 kilogram.

Kerana penyakitnya, Arofan tidak boleh melakukan aktiviti termasuk bekerja. Arofan kini menjadi tanggungan adik kandungya.
Sementara itu Humas RSUD dr Sutomo Urip Murtejo, mengatakan pihaknya akan melakukan pembedahan ke Arofan. Pasukan doktor, kata dia, akan berusaha mereduksi pembengkakan yang terjadi akibat penyumbatan pembuluh darah.

Sebelumnya Arofan sempat dirawat di sebuah hospitaldi kota Malang selama 2 bulan pada 2010. Sayangnya penyakit Arofan ini tidak juga sembuh.
Borak Kosong

2 comments: