Friday, March 23, 2012

Pemain bolasepak Bolton, Fabrice Muamba telah mati selama 78 minit kata doktor


MUAMBA rebah dan tidak sedarkan diri ketika perlawanan peringkat suku akhir Piala FA antara Bolton dan Tottenham di London Sabtu lalu.
LONDON: Jantung pemain kelab bola sepak Bolton, Fabrice Muamba berhenti berdegup selama 78 minit dan dia sepatutnya telah meninggal dunia, kata pasukan doktor kelab itu kelmarin.

Bagaimanapun, jantungnya berfungsi semula selepas alat defibrilator digunakan pada dadanya sebanyak 15 kali semasa dia dirawat di Hospital Dada London di sini.

Kejadian itu berlaku selepas dia rebah di atas padang ketika perlawanan suku akhir Piala FA antara Bolton dengan Tottenham pada Sabtu lalu kerana diserang sakit jantung.

Perlawanan di White Hart Lane itu kemudiannya terpaksa dihentikan akibat kejadian tersebut.

Menurut doktor kelab tersebut, Jonathan Tobin, anggota-anggota perubatan cuba untuk memulihkan Muamba selama 48 minit sebelum dia tiba di hospital.

Masa selama 30 minit lagi diperlukan untuk menghidupkan semula jantungnya di hospital berkenaan.

Selepas 15 kali kejutan listrik dengan alat defibrilator dilakukan, jantung pemain tersebut berdenyut semula.

Sebanyak 12 daripada 15 kejutan listrik itu dibuat di dalam ambulans.

“Mereka berusaha tanpa jantungnya berdegup. Selama 78 minit jantungnya tidak berdegup dan dia tidak bernafas.

“Dia telah mati ketika itu,” tambah Tobin.

Sumber: Kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment