Sunday, March 11, 2012

Kebenaran Terdedah, Akhirnya Tupai Yang Dimaksudkan TGNA Dikenalpasti



Nik Aziz: Saya simpati pada 'tupai' isu Kedah

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau bersyukur kerana krisis pentadbiran Kedah tidak berakhir dengan pentadbiran darurat melalui Majlis Gerakan Negara (Mageran) seperti pengalaman Kelantan pada tahun 1978.

Nik Aziz berkata, dalam menangani konflik menteri besar dan wakil rakyat negeri itu, Mageran digunakan untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan dan bukan perbincangan seperti yang dilaksanakan di Kedah sekarang ini.

"Berbezanya antara dua penyelesaian membuktikan berbezanya dasar yang digunakan, satu dasar Islam dan satu lagi dasar sekular!" kata mursyidul am PAS itu.

PAS beranggapan pergolakan kepemimpinan Kedah berakhir pada 5 Mac lalu dengan pengumuman dua exco - Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh - menerima pelantikan semula ke jawatan mereka.

Dalam kenyataannya semalam, Nik Aziz juga secara sinis berkata, beliau bersimpati terhadap "tupai-tupai" yang melompat keseronokan ketika kemelut itu berputik kerana menjangka dapat "menikmati buahnya".

"Sayangnya, putik tidak menjadi masak, tupai pula jatuh kehampaan,"
katanya lagi tanpa menamakan dengan jelas pihak terbabit.

Sepanjang krisis Kedah bermula hujung Februari lalu, isu itu menjadi fokus serangan musuh politik mereka daripada Umno dan dikritik hebat di media arus perdana.

Malah, ada yang berspekulasi, krisis itu jika berpanjangan mampu menggoyahkan kestabilan pentadbiran PAS dan bakal memastikan kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Nik Aziz juga menganggap kemelut itu istimewa kerana pertelagahan berlaku untuk menolak jawatan dan bukan merebutnya seperti apa yang disifatkannya berlaku dalam " silibus pengajian sekular".

"Bahkan jika terbukti melakukan penyelewengan sekalipun, masih enggan untuk meletakkan jawatan!" katanya membuat perbandingan.

Beliau juga menganggap kesediaan kedua-dua orang exco untuk menggalas tugas yang sebelum ini ditolak merupakan titik noktah terhadap krisis yang melanda negeri itu. -mk

Ahli PAS dedah sikap Azizan

ALOR SETAR: Kumpulan penentang Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendakwa menteri besar seorang yang angkuh tetapi licik berpolitik.

Menurut Abdullah Hashim ahli PAS Sungai Limau DUN yang diwakili menteri besar, Azizan mengamalkan politik pecah dan perintah.

“Saya diarahkan oleh PAS untuk membuat kerja-kerja untuk YB Nasharuddin Mat Isa (bekas ahli parlimen) Yan tetapi Azizan tidak setuju.

“Dia tidak tidak pernah turun ke kawasan Yan. Saya bertanggung dengan kenyataan saya ini, saya tidak amal baling bantu sembunyi tangan” dakwa Abdullah yang menurutnya pernah menjadi orang rapat Azizan.

Nasharuddin menjadi ahli parlimen Yan pada tahun 1999 sebelum bertanding di parlimen Besut, Terengganu pada tahun 2004.. Ketika ini beliau merupakan ahli parlimen Bachok, Kelantan.

Bagaimanapun, menurut Abdullah yang lebih dikenali dengan Lah Semangat 46, penentangan terhadap Azizan yang terbaru ini berlaku ekoran kenaikan tarif air pada tahun 2010.

Abdullah pada mulanya ahli Umno sebelum menyertai Semangat 46 dan akhirnya menjadi ahli PAS
dan orang rapat Azizan.

“Saya mengetuai demontrasi rakyat Kedah termasuk disertai ahli PAS mengadakan demontrasi membantah kenaikan tarif air.

“Kami tidak menentang PAS tetapi menentang Azizan kerana manifesto tinggal nama sahaja di mana pelaksanaannya?” katanya ketika dihubungi hari ini.

Krisis PAS Kedah tercetus apabila dua Exco kerajaan negeri – Dr Ismail Salleh dan Datuk Phahrolrazi Zawawi menolak untuk dilantik semula atas alasan tidak boleh menerima kepimpinan Menteri Besar.

Phahrolrazi adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah manakala Ismail, Timbalan Pesuruhjaya 2.

Bagaimanapun, ekoran campur tangan PAS Pusat kedua-dua mereka dilapurkan setuju menerima jawatan tersebut.

“Kita akan lawan sehingga Azizan meletak jawatan sebagai Menteri Besar. Ratusan ribu orang PAS menyokong kumpulan kami.

“Hanya Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung) yang menyokong Azizan.

“Dan penyokong-penyokong Azizan yang mendapat rezeki darinya menyokong Menteri Besar itu,” dakwa Abdullah lagi.
-FMT
GREENBOC

No comments:

Post a Comment