Harian Metro
KUALA LUMPUR: Malang bagi seorang perunding produk apabila wang simpanannya selama setahun untuk membeli motosikal idaman habis ditipu selepas terpedaya dengan iklan jualan kenderaan itu dalam satu laman web tempatan yang terkenal memasarkan barangan terpakai.Mangsa, Mohd Azahar Osman, 26, kerugian RM1,850 Selasa lalu, selepas memasukkan jumlah wang itu ke dalam akaun seorang lelaki yang menawarkan motosikal terpakai jenis Yamaha LC135 dengan harga lebih murah berbanding pasaran. Katanya, walaupun berwaspada termasuk menyemak nombor pendaftaran kenderaan itu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis mengenai status pemilik serta saman, dia tetap tertipu.
“Mungkin wang sejumlah itu tidak banyak...tapi saya sangat memerlukan kenderaan untuk bekerja. Nasib baik saya tidak membayar penuh harga motosikal yang ditetapkan iaitu RM3,700.
“Saya mencari motosikal dengan melayari laman web dan terbaca iklan ditawarkan seorang lelaki dari Kampung Haji Razali, Zon Selatan Jamaluang, Johor, sebelum menelefonnya untuk proses pembelian motosikal bernombor pendaftaran JMH 142,” katanya di sini, semalam.
Katanya, dia berurusan dengan lelaki itu melalui telefon dan percaya pemilik motosikal itu jujur selepas memberikan nombor kad pengenalan untuk disemak dengan JPJ serta polis, tetapi lelaki itu tidak dapat dihubungi sebaik dia memasukkan separuh daripada harga motosikal itu.
No comments:
Post a Comment