Saturday, March 24, 2012

Lelaki mati ngeri - terjun dari tingkat 14

‘Sumpahan’ berterusan

harian metro
surayaroslan@hmetro.com.my
SEREMBAN: “Sebaik mendongak selepas terdengar bunyi bising, saya nampak seorang lelaki melompat seperti mahu ‘terbang’ dari tingkat 14, menyebabkan saya melarikan diri kerana bimbang dihempapnya.

“Amat mengerikan apabila lelaki itu jatuh tertiarap hanya beberapa meter dari tempat saya berdiri dengan perut terburai dan otak bersepai.”

Demikian kata D Parameswary, 56, saksi satu lagi kejadian bunuh diri di Rumah Pangsa Jalan Tun Dr Ismail, Lobak di sini, petang kelmarin.

Harian Metro pernah melaporkan penduduk memberikan jolokan kawasan penempatan itu sebagai ‘flat bunuh diri’ kerana sering menjadi pilihan individu untuk membunuh diri dan lebih 60 kes dilaporkan berlaku sejak flat itu mula diduduki pada 1960-an.

Dalam kejadian yang berlaku jam 5 petang semalam, mangsa, Chong Foo Sam, 45, terjun dari tingkat paling atas dan tubuhnya terhempas di anjung tingkat satu bersebelahan rumah Parameswary.

No comments:

Post a Comment