Sekarang ini, urusetia Pakatan Rakyat mungkin sedang menyiapkan manifesto Paktan Rakyat. ataupun mungkin manifesto itu sudah siap dan hanya menugggu untuk dicetak atau diedarkan.
Dalam manifesto itu, aku dah pasti mesti ada macam-macam janji dan slogan. Kalau tahun 2004..macam-macam slogan dibuat. Pas dengan Negara Islam, PKR dengan Negara Reformasi. Tahun 2008. serupa juga, tapi yang aku ingat ialah “Harapan Baru untuk Malaysia”
Initpati manifesto dah tentu ada macam-macam yang bertujuan untuk menarik undi. Dah menang esok lain cerita.
Selalunya, dalam setiap pilihanraya, parti-parti politik akan menawarkan janji-janji mereka kepada pengundi supaya memilih mereka. Mereka berjanji untuk melakukan macam-macam kalau mereka menang pilihanraya. Apa yang dijanjikan selalunya mengikut apa yang mereka fikirkan rakyat mahu dan yang tak pernah mereka ceritakan ialah apa yang mereka mahu.
Aku tak berapa kisah tentang manifesto Pakatan Rakyat. Nak tulis apa pun tulis la…sebab aku gerenti mesti yang bagus-bagus punya.
Bila dah menang, baru mereka bergaduh tentang apa yang mereka mahu. Orang tu mahu jawatan ini. Orang ni mahu jawatan itu. Manifesto tolak tepi dulu. Yang penting berapa kuota untuk parti ini..sapa yang layak untuk jadi Menteri Besar..sapa yang layak untuk jadi Perdana Menteri…dan sapa yang layak jadi Ahli Majlis.
Yang tu pun aku tak berapa kisah. Aku tak minat dengan apa yang akan berlaku selepas menang. Dan aku juga hampir pasti..depa juga tak akan ingat aku bila dah menang.
Apa yang aku minat ialah sebelum menang. Dan aku cuma minat dengan manifesto aku sendiri.
Apa slogan yang aku pilih? Aku tak minat dengan apa jenis negara pun. Negara Kebajikan ka..Negara Baru ka…Negara Reformasi ka.. Negara Sosialis ka..mampuih pi la.
Slogan aku ialah..”Tumbangkan BN.” Kalau BN tumbang sapa yang nak naik? Yang tu pun aku tak peduli. Sapa nak naik pun naik la. Tak betui..esok aku buat manifesto lain. Mungkin “Tumbangkan PR” pulak.
Manifesto selepas menang aku tak ada. Aku cuma ada manifesto sebelum menang.
Hei…Kalau manifesto Pakatan Rakyat dibuat untuk ditawarkan kepada pengundi, manifesto aku nak bagi kat sapa? Lain la kalu aku nak bertanding..tapi toksah kata kerusi..bangku pun tak dak sebab semua sudah dibolot oleh parti.
Jadi..manifesto ini adalah untuk Pakatan Rakyat. Sekiranya Pakatan Rakyat bersetuju dengan manifesto aku, aku bagi undi kat hangpa. tapi kalau hanga kencing aku..aku tak keluar mengundi.
Kalau mengikut kiraan mattermatics Pak Akop..tarikh pilihanraya ialah pada 9 Jun 2012. Aku tak tau la pasai apa jin Pak Akop pi bagi hari Sabtu. Bagi penuntut dan pengundi luar negara yang mengundi secara pos, mereka akan mengundi pada 5 Jun 2012. Yang ni pun aku tak boleh nak explain pasai apa jin Pak Akop boleh dapat tarikh ini.
Oleh kerana masa dah terlalu dekat, maka aku juga mahukan isu-isu yang terdapat dalam manifesto aku ini juga diselesaikan dalam masa terdekat.
1. Pemimpin Pakatan Rakyat jangan buat kenyataan bangang.
Kalau dulu sebelum ada internet, apa saja kenyataan akan masuk suratkhabar. Lepas dua hari, suratkhabar tu pun jadi pembungkus nasi lemak dan sapa pun tak peduli dah. Tapi sekarang, setiap kenyataan akan disimpan dalam hard disk. Bila-bila masa boleh dikeluarkan semula untuk dijadikan isu.
Contohnya..pada pada 21 septemebr tahun lalu, ketiga-tiga pemimpin Pas, PKR dan DAP buat kenyataan media..”Pembahagian kerusi Pakatan hampir muktamad.”
Tu tahun lepas…tapi baru-baru Pas dan PKR Terengganu berbalah pasai kerusi. Hari ini, Kedah pulak bercelaru. Kat johor pun macam tu jugak.
So..tang mana yang kata “Hampir selesai” tu.
Isu kerusi dan calon mesti selesai sebelum akhir bulan April. Kalau tak selesai, aku akan kempen jangan peduli kawasan tu. Aku bukan nak kempen undi BN..tapi aku akan kempen jangan keluar mengundi. Kalau pasai kerusi pun depa tak boleh selesai..macam mana nak selesai benda-benda kecik?
2.Jentera Pilihanraya kena beres.
Nak tumbang BN, mesti ada jentera pilihanraya yang kuat. Aku tak peduli tentang tukang tampal poster atau tukang kibar bendera. Yang tu sapa-sapa pun boleh buat. Panggil budak habih SPM pun depa boleh buat. Yang penting, Ejen Mengundi (Polling Agent) dan Ejen Mengira Undi (Counting Agent). Ataupun dengan nama yang biasa orang dengar…PACA.
Kat negeri lain, terpulang la. Bukan aku kata tak penting..tapi kalau hangpa nak menngg..kena buat jugak la. Tapi bagi negeri Perak, aku mahu tengok senarai PACA pada 1hb Mei 2012 mesti siap. Dan aku mahu senarai itu.
Aku tau..hangpa memang boleh bagi nama sebelum 1 Mei. Kalau minta sekarang pun boleh ada dah. Tapi aku jugak ada pengalaman dalam parti. Bila minta nama PACA, semua lengkap. Tapi bila kita interview PACA tu..apa pun dia tak tau. Nama dia dalam senarai pun dia tak tau!! Ini kerja Pengarah Pilihanraya kawasan yang nak tunjuk dia buat kerja. Semua atas kertas saja…tapi bila kita check dilapangan, habuk pun tarak.
3. Kelengkapan komunikasi.
Bilik Gerakan sepatutnya sudah beroperasi. Kalau hangpa kata belum ada, maka hangpa mengiakan bahawa cakap-cakap Anwar yang parti sudah bersedia tu bohong belaka.
Carta-carta yang ada dalam Bilik Gerkan tu adalah untuk kegunaan hangpa. Aku cuma mahu tengok sama ada hangpa ada talian internet atau tidak. Akses internet perlu ada pada 1 Mei 2012. Kalau taka da, aku akan ceritakan kat orang.” wei..jangan harap la kat calon ni..internet pun tak ada!!”
4. Petugas komunikasi.
Aku mau senarai seorang petugas bagi setiap DUN dan Parlimen. Bagi negeri Perak, mesti ada 59 orang petugas komunikasi bagi setiap DUN dan 24 orang petugas bagi Parlimen.
Itu saja permintaan aku. Susah ka untuk ditunaikan?
Kalau yang ini pun tak dapat dilaksanakan..susah la.
Aku tau…bagi mana-mana kawasan yang dah bersedia, mungkin akan kecik hati dengan tulisan aku. Seolah-olah memperlecehkan depa…tapi yakin lah. Banyak lagi kawasan yang belum buat apa-apa.
Aku juga tau ada orang yang tak suka bila aku tulis dalam internet secara terbuka. Takut rahsia dan strategi diketahui oleh musuh.
Aku nak bagi tau hangpa..Umno dah bersiap sedia dengan bilik Gerakan dan kelengkapan. Maklumat depa lebih canggih dari maklumat hangpa. Bilik Gerkan kita masih lagi belum bersapu..yang kita tau..komplen pasai Umno pakai balairaya buat bilik gerakan.
Toksah kata balairaya..Pejabat Penghulu pun kalau boleh depa nak pakai.
Malaysiatimes.my
No comments:
Post a Comment