Sunday, March 4, 2012

Najib minta maaf dengan Selangor dan Kedah di Perak - Macamana pulak dengan Perak ?

Rampas kuasa di Perak. Adakah Najib minta maaf

NONE"Sejurus sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, Najib berkomplot dan merancang merampas kuasa dengan cara yang tidak sah dan tidak demokratik di Perak. Beliau menjatuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang dipilih melalui proses demokrasi oleh rakyat dengan menggulingkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

"Adakah Najib (kiri) akan memohon maaf kerana rampasan kuasa yang tidak sah di Perak itu?" kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau juga menyenaraikan beberapa kesilapan lalu BN. Ini termasuk menyebabkan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) menjunam kepada skor yang paling rendah dalam sejarah, iaitu  pada 4.3 mata pada tahun 2011. Turut disentuh adalah skandal kewangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan berjumlah hampir RM100 bilion.

Ini kata Lim, dijayakan dengan bantuan 'bailout' RM840 juta baru-baru ini kepada bekas pengerusi MAS Tan Sri Tajudin Ramli melalui penyelesaian luar mahkamah dengan Danaharta dan beberapa GLC semasa pentadbiran Najib. Malaysiakini

No comments:

Post a Comment