Tuesday, March 6, 2012

Pandangan politik diselidiki, guru tak puas hati


"Saya sangat marah apabila ada di kalangan rakan yang memprotes apa jua dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan."

Pilihan Jawapan - 'Sangat tidak setuju', 'Tidak setuju', 'Setuju' atau 'Sangat setuju'.

Ini adalah antara 10 soalan berbaur politik yang diajukan kepada guru-guru oleh pihak berkuasa pendidikan di Selangor dalam apa yang dipercayai sebagai tindakan mengukur pandangan politik mereka.

Satu lagi soalan yang menawarkan empat pilihan jawapan itu berbunyi: "Saya sangat bimbang jika berlaku perubahan besar dalam kepimpinan negara sekarang."

Walaupun, guru tidak dikehendaki menulis nama mereka pada borang kaji selidik itu, sebahagian besar mereka tidak senang dengan bentuk soalan itu yang dianggap sebagai tekanan politik daripada pihak kerajaan.

Kaji selidik bertajuk 'Kajian Keberkesanan Program Transformasi Kerajaan', borang itu bagaimanapun tidak mempunyai logo kerajaan ataupun pihak yang membuat kajian berkenaan.

Seorang pengetua sekolah yang tidak mahu dikenali berkata borang kaji selidik itu dihantar melalui e-mel dan pihak sekolah terpaksa membuat salinan untuk diedarkan kepada guru.

Katanya, beliau juga tidak pasti sama ada kajian itu membabitkan tinjauan di seluruh negara, tetapi ramai guru di negeri Selangor diminta untuk menjawab soalan-soalan itu sejak beberapa hari lalu.

No comments:

Post a Comment