Salmiyah Harun, | 08 Mac 2012 |
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli (gambar) berkata, lima negeri yang ditawan oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-12 berjaya menghasilkan sebuah kerajaan dan pentadbiran yang baik.
Katanya, Pakatan Rakyat mempunyai rekod yang baik di negeri-negeri yang diperintahnya sudah tentu pentadbiran negara akan lebih baik jika Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.
"Kita yakin kalau kita menang di pusat, negeri yang kita tadbir lebih berupaya sebab tidak akan berlaku lagi sekatan kepada negeri-negeri sebagaimana kerajaan Umno BN buat pada hari ini," katanya.
Hatta menegaskan PAS tidak sekali-kali menganaktirikan negeri misalnya dalam pembahagian royalti minyak akan diagihkan sebagaimana yang dituntut oleh perjanjian walaupun mungkin masih ada lagi negeri yang diperintah oleh BN.
Mengulas tsunami 8 Mac 2008 empat tahun yang lalu, Hatta berharap pilihan raya akan datang nanti akan memberi kejayaan lebih besar kepada Pakatan Rakyat.
Justeru katanya, PAS telah menggerakkan jentera pilihan raya dari awal memandangkan jangkaan pilihan raya pada bulan Mac.
"Untuk negeri kita sudah gerakkan aktiviti mendekati rakyat juga dijalankan, ceramah dan lawatan dari rumah ke rumah berjalan lancar,"katanya.
Apa yang membimbangkan beliau, daftar pemilih yang meragukan masih terus memerlukan penelitian selanjutnya.
Pembatalan Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, dilihat Dr Hatta sebagai petunjuk yang kuat bahawa pilihan raya semakin hampir.
Pembatalan SBPA diganti Skim Saraan Malaysia (SSM) dengan kenaikan 13 peratus bagi kumpulan pengurusan, profesional dan pelaksana dari gred 1 hingga 54 tidak mengikut cadangan Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs).
Bagaimanapun, Ceupacs sebelum ini mencadangkan kenaikan minimum untuk kumpulan itu adalah sebanyak RM700 sedangkan kenaikan baru 13 peratus itu tidak sampai pun RM300. Harakahdaily
No comments:
Post a Comment