Monday, March 19, 2012

Kadir Sheikh Fadzir Keluar Umno-APCO!



Bekas Menteri Penerangan dan bekas ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Abdul Kadir Sheikh Fadzir sebentar tadi mengumumkan bahawa beliau telah keluar dari parti Umno-APCO berkuat kuasa serta merta.

Abdul Kadir, 73, mengesahkan perkara itu melalui sepucuk surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung Umno-APCO, Adnan Mansor pagi tadi.

Beliau hanya mengeluarkan kenyataan ringkas berbunyi: "Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,”.

Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir yang dilahirkan pada 4 Jun 1939 di Kampung Tawar, Kulim, Kedah, merupakan ahli politik UMNO dari Kulim, Kedah, Malaysia.

Beliau merupakan bekas Menteri Penerangan (2004 - 2006) dalam Jemaah Kabinet, Perdana Menteri Malaysia ,Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau menang bertanding kawasan parlimen P18 Kulim-Bandar Baharu, Kedah sejak Pilihan raya 1978, 1982, 1986, 1999, 2004 dan tidak bertanding pada 2008.

Bersekolah di Sekolah Melayu Tawar (1946-1949), Sekolah Menengah Sultan Badlishah, Kulim (1950-1957).

Pada 1968 belajar di Lincoln's Inn, London dalam jurusan undang-undang pada 1970.

Abdul Kadir menjadi guru di Sekolah Inggeris Serdang, Kedah (1958), di Sekolah Kebangsaan Baling (1958-1960) dan kerani di Jabatan Kerja Raya (JKR), Alor Setar ( 1960-1963).

Kemudian bekerja sebagai Pegawai Kerja Am di Kementerian Luar Negeri (1963-1964), Setiausaha Ketiga Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Karachi, Pakistan (1964-1965), Setiausaha Ketiga di Kedutaan Besar Malaysia, Saigon, Vietnam (1966-1968)dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Am (1971-1974).

Beliau menjadi peguam dalam firma Guaman "Hisham, Sobri dan Kadir" (1974-1982).Selepas memang pilihan raya 1978, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri (1982), Timbalan Menteri Luar Negeri (1983), Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri (1990), Timbalan Menteri Sumber Manusia (1995) dan Timbalan Menteri Dalam Negeri (1999).

Bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad melantik beliau sebagai menteri penuh iaitu Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada 1999.

Beliau juga menjadi Pengerusi, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (1999).

Pada 2004, bekas Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi melantik beliau sebagai Menteri Penerangan (2004).

Keluarga beliau juga mendapat tempat dalam politik Kedah. Abdul Kadir menjadi Menteri Penerangan.

Adiknya Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir menjadi wakil rakyat DUN Kuala Ketil, Kedah.

Adiknya merupakan pemimpin Pemuda UMNO Malaysia.

Adiknya ,Datuk Haidar Ali Syed Fadzir menjadi Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan tetapi telah meninggal dunia akibat akibat jangkitan kuman pada hati dan paru-paru. Pejabat Haidar Ali terletak di di Lot 18 & 19, Jalan Memanda 5, Ampang Point , Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Datuk Musa Sheikh Fadzir menjadi ketua UMNO Bukit Mertajam dan dilantik menjadi Senator Dewan Negara.

Beliau dianggap dari keturunan 'Mamak' atau 'Tamil Muslim'.

Pemimpin Malaysia lain termasuklah Dr. Mahathir Mohamad, Zainuddin Maidin, Khairy Jamaluddin, Nor Mohamed Yakcop dan Zambry Abdul Kadir.

Dalam tahun 1930-an, timbul isu DKK dan DKA.

Abdul Kadir terlibat dalam UMNO sejak 1969 lagi.

Beliau menjadi Presiden Kelab UMNO, United Kingdom (1969-1970), Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah (1970 - 1976), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai (1978), Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (1978), Ketua Pemuda UMNO Kedah (1978 - 1980), Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu (1984 - 1987).

Apabila UMNO diharamkan angkara UMNO 11, Abdul Kadir setia bersama Dr Mahathir Mohamad menubuhkan UMNO baru.

Beliau menyertai Ahli UMNO Baru (1988) dan terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1988).

Beliau menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO sesi 2000 - 2003.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 beliau tidak terpilih dalam senarai 25 MKT yang menang.

Dia menjadi pemimpin veteran UMNO yang membentuk Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Amanah dilancarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011 dan Abdul Kadir dilantik menjadi Timbalan Presidennya.
JALAN PULANG
Malaysiakini

No comments:

Post a Comment