Sunday, March 18, 2012

Pembunuh AS Tiba di Negaranya

Sersan Robert Bales (Foto: Yahoo News)
Sersan Robert Bales (Foto: Yahoo News)
KANSAS - Prajurit Amerika Syarikat (AS) yang menjadi pelaku pembunuhan terhadap 16 warga awam Afghanistan, sudah tiba di Fort Leavenworth, Kansas, AS. Sebelumnya prajurit berpangkat sarjan itu dipindahkan ke Kuwait dari Afghanistan.

Seperti dilansir Associated Press, Sabtu (17/3/2012), pihak tentera AS mengkonfirmasi bahawa prajurit yang sudah diidentifikasi bernama Robert Bales tersebut, tiba di penjara Kansas selepas menempuh penerbangan dari Kuwait.

Prajurit berusia 38 tahun itu memang sengaja dipindahkan kerana Leavenworth sebagai tempat yang layak untuk menampungnya.

Bales adalah prajurit yang sudah bertugas dalam tentera AS selama 11 tahun. Tugasnya ke Afghanistan, adalah yang keempat kalinya dalam wilayah konflik. Tiga penugasan sebelumnya dijalani Bales di Irak.

Ketika melakukan pembunuhan 16 warga awam Afghanistan Bales dikhabarkan dalam kondisi mabuk. Selain mabuk, prajurit itu dikhabarkan juga tengah terbebani dengan kondisi stress dalam penugasannya di Afghanistan.

Peguam Bales yakni John Henry Browne mengatakan kliennya saat ini masih dalam keadaan terguncang.Browne menyebutkan bahawa kliennya tidak senang dengan penugasannya di Afghanistan.

Mengenai khabar Bales yang mabuk dalam melakukan pembantain, Browne mengaku tidak mengetahui apakah Bales adalah seorang pemabuk.

Selain itu, Browne menolak laporan bahawa Bales memiliki masalah dalam pernikahannya, yang juga dianggap menjadi pemicu stress dan berujung pada pembantaian tersebut.
(faj)

No comments:

Post a Comment