TERKINI - The Malaysian Insider
March 14, 2012
KUALA LUMPUR, 14 Mac — DAP hari ini mendedahkan dokumen yang menunjukkan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengeluarkan RM12 juta daripada RM250 juta pinjaman mudah untuk skandal projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).Ketua Publisiti DAP Tony Pua, merujuk kepada audit syarikat keluarga tersebut Global Biofuture yang berpangkalan di Singapura menjelaskan suami Shahrizat Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan tiga anak mereka berhutang sejumlah RM12 juta kepada syarikat berkenaan.
Menerangkan hubungan antara Global Biofuture dan NFC, Pua mendakwa syarikat itu adalah salah satu syarikat yang diuruskan oleh keluarga Shahrizat daripada dana RM250 juta.
Kenyataan itu dikemukakannya berdasarkan RM19 juta hutang kepada syarikat lain yang dikaitkan dengan keluarga Ketua Wanita Umno itu seperti yang dinyatakan oleh audit Global Biofuture pada 31 Disember 2010.
"Kami mempunyai sebab kukuh yang percaya Global Biofuture adalah sebahagian daripada 'keluarga Shahrizat' termasuk beberapa syarikat lain seperti National Meat and Livestock, Real Food Company dan Meatworks, yang kesemuanya daripada pinjaman RM250 juta," katanya.
Pembangkang sebelum ini telah membuat dakwaan bahawa RM81 juta pinjaman yang diberikan kepada Pusat Fidlot Nasional (NFC) dipengerusikan oleh Salleh untuk mengusahakan NFC telah di pindahkan terhadap syarikat tersebut.
"Tiada sebarang penafian terhadap pengarah yang telah mengeluarkan dana hampir RM12 juta secara langsung daripada Global Biofuture. Saya merasakan RM12 juta itu diambil daripada pinjaman NFC," kata Pua kepada The Malaysian Insider.
Salleh tidak mengaku salah Isnin lalu atas dakwaan pecah amanah dan pelanggaran Akta Syarikat terhadap RM49 juta dana kerajaan yang diberikan kepada NFCorp yang telah menyebabkan Barisan Nasional (BN) terpaksa menghadapi serangan memandangkan pilihan raya semakin hampir.
Shahrizat Ahad lalu telah mengumumkan untuk tidak menyambung jawatan di Kabinet sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Beliau bagaimanapun akan meneruskan tugas sebagai Ketua Wanita Umno walaupun telah lebih empat bulan setengah menerima tekanan berhubung skandal NFC.
NFC telah menajdi topik hangat selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati projek berkenaan gagal menepati sasaran.
Polis turut mencadangkan kepada Peguam Negara supaya membuat pendakwaan terhadap pengarah NFCorp atas kesalahan pecah amanah, namun Peguam Negara mengarahkan pihak berkuasa berkenaan supaya menjalankan siasatan terperinci terhadap Mohamad Salleh.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ini turut mengedarkan salinan yang didakwa audit yang menunjukkan Global Biofuture telah memperolehi S$2.94 juta (RM7.08 juta) sejak enam tahun terakhir 2010.
Tapi 97.6 peratus S$2.87 juta (RM7.08) daripada keuntungan adalah untuk "entiti berkaitan dengan pengarah."
"Persoalan yang timbul adalah mengapa pengarah mewujudkan syarikat yang mana menjalankan perniagaan untuk diri mereka sendiri," katanya.
No comments:
Post a Comment