Saturday, March 10, 2012

PRU13: Muslimat Pas kekal calon menang 2008

Sinar Harian
10 Mac 2012
KUALA LUMPUR - Dewan Muslimat Pas akan meletakkan calonnya di seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), termasuk mereka yang menang pada 2008.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd yusof berkata, seramai 30 nama calon telah diserahkan kepada Pas Pusat.

"Ini usaha kita dalam menyasarkan 30 peratus pemimpin wanita dalam Pakatan Rakyat. Calon-calon ini terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kita akan lebih memberi tumpuan kepada kawasan yang mempunyai banyak pengundi wanita," katanya pada sidang media hari ini.

Siti Zailah memberitahu, seramai 50 peratus calon mereka adalah golongan muda yang berumur di bawah 40 tahun.

Menurutnya, kesemua calon Muslimat yang telah menang pada PRU12 pada 2008 dikekalkan dalam senarai 30 nama yang telah dihantar.

"Berdasarkan KPI dan maklum balas pengundi-pengundi, mereka telah melakukan kerja yang baik, sehubungan itu, calon-calon itu dikekalkan.

"Manakala, kita mendapati undi orang muda sangat penting dan kita melihat kebolehmenangan di kalangan calon muda kita, sebab itu kita letakkan lebih 50 peratus calon muda," katany

No comments:

Post a Comment