
Beliau yang lebih dikenali sebagai Tian Chua itu berkata demikian semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
Naib presiden PKR itu juga mendakwa sepanjang penahanannya itu beliau juga dilarang daripada bercakap dengan bebas dengan ahli-ahli keluarganya.
"Saya diarahkan supaya perbualan hanya terbatas mengenai keadaan sel saya, makanan dan keadaan kesihatan saya," katanya kepada Hakim Datuk Lau Bee Lan.
Menurutnya, beliau secara khusus diingatkan supaya tidak mendedahkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh penyiasat dan kaedah yang mereka gunakan, serta juga langkah-langkah keselamatan di pusat tahanan itu.Chua, juga berkata beliau diancam bahawa hukuman berat menantinya jika beliau mengengkari arahan berkenaan, namun tidak pula dinyatakan bentuk hukuman itu.
Semasa dalam tahanan, Chua hanya dibenarkan bersama keluarganya sekali sahaja selama 45 minit, tetapi lawatan itu di bawah pengawasan yang cukup ketat.
"Seorang daripada penyiasat itu duduk bersama antara kami, dia akan mencelah dari semasa ke semasa untuk mengelakkan kami daripada bercakap tentang keadaan dalam tahanan itu ataupun berhubung perkembangan politik di luar," katanya.
Ketika itu, beliau telah merengkuk selama dua bulan tanpa sebarang perbicaraan walaupun didakwa terbabit dengan aktiviti milita. Beliau kemudiannya dikenakan suatu perintah tahanan dua tahun.Tian adalah antara plaintif dalam saman sivil yang diambil oleh sekumpulan bekas tahanan ISA terhadap kerajaan dan Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Norian Mai (kiri) kerana didakwa memfitnah mereka.
Mereka mendakwa Norian membuat kenyataan akhbar yang menyatakan secara palsu bahawa mereka bersedia menggulingkan kerajaan, termasuk mengumpul senjata seperti pelancar bom dan merekrut bantuan guru silat.
No comments:
Post a Comment