Tuesday, March 6, 2012

Selcat: RM500j milik Yayasan Selangor 'hilang' semasa BN tadbir

Wartawan Sinar Harian
6 Mac 2012
SHAH ALAM - Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki menggesa Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) agar menyiasat ketirisan yang berlaku dalam agensi itu membabitkan wang sebanyak RM500 juta sepanjang 17 tahun semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Kita buat satu kajian (mengapa) berlaku ketirisan RM500 juta dalam Yayasan Selangor, dari 1991 hingga Mac 2008.

“Sekarang aset tetap bernilai RM300 juta, deposit tunai RM51 juta," kata beliau menjawab soalan Pengerusi Selcat, Datuk Teng Chang Khim pada sesi hari ini.
Chang Khim bertanya kepada Ilham jumlah nilai aset yang dimiliki oleh Yayasan Selangor sekarang.

No comments:

Post a Comment