Menurut sumber, kesemua senarai calon Gerakan di negeri itu sudah diserahkan kepada Presiden Tan Sri Koh Tsu Koon, nama Teng dikatakan tidak termasuk.
Beliau sebelum ini pernah menang di kerusi Pulau Tikus.
Tiga muka baru - peguam Rowena Yam dan Baljit Singh serta ahli majlis negeri Geeta Suresh Chand - sebaliknya sudah dinamakan.
Teng sebelum ini menghadapi cabaran getir dalam karier politik apabila menghadapi mesyuarat agung khas bagi mengadakan undi tidak percaya terhadapnya pada 2010.
Sumber juga berkata, Gerakan akan bertanding di empat kerusi parlimen dan 13 kerusi negeri seperti yang dilakukan pada 2008
No comments:
Post a Comment