Seorang wanita didakwa membunuh anak perempuannya menggunakan gunting kerana kononnya mahu membersihkan 'kehadiran kuasa jahat' dari rumahnya di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat, kata polis.
Danielle Yvonne Slaughter, 27, telah ditemui oleh polis pada Ahad dalam keadaan telanjang dan berdarah, berjalan di Las Vegas, menurut dokumen mahkamah yang dikeluarkan pada hari Selasa.
Dia memberitahu pegawai polis bahawa darah di tangannya adalah "Lamb of God" dan bertanya "Adakah saya telah membunuh anak perempuan saya?", "Adakah dia sudah mati?"
Polis pergi ke rumah, Slaughter dan menemui jasad anaknya, Kayla Frank yang berusia enam tahun.
Wanita itu memberitahu polis bahawa dia menghadapi masalah kesukaran untuk tidur sejak mengambil pil pelangsingan badan Hydroxycut empat hari kejadian. Pil itu ditarik balik daripada pasaran pada tahun 2009 berikutan dakwaan bahawa pil itu boleh merosakkan hati.
Dia juga mendakwa dapat merasakan kehadiran kuasa jahat di rumahnya selama beberapa hari, sambil menambah bahawa perkara itu tidak pernah dialami nya sebelum ini.
Dalam soal siasat yang dijalankan, Slaughter memberitahu bahawa dia dan anaknya sedang duduk di atas katil dan anaknya itu mengeluarkan "kata-kata keji", ketawa "dengan suara Syaitan", mencakar, dan menendangnya.

Slaughter berkata dia kemudiannya mengambil gunting dan menikam kanak-kanak itu beberapa kali.
Polis percaya bahawa Slaughter kurang tidur dan hal itu mungkin kerana pengambilan pil diet tersebut. Slaughter ditahan di Penjara Clark County sementara menunggu perbicaraan mahkamah atas tuduhan membunuh.-DCM
No comments:
Post a Comment