Saturday, April 28, 2012

300 Ditahan Termasuk Wartawan Harakah

Saturday, April 28, 2012

















 ( Antara peserta yang ditahan)

 














KL: Kira-kira 300 peserta himpunan Bersih 3.0 ditahan oleh polis dan sebahagian mereka diletak di Pusat Latihan Polis (Pulapor). Turut ditahan adalah wartawan Harakah dari Kedah, Izwan Abdul Halim.
Bekas Profesor Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari juga turut ditahan di samping Tian Chua, anggota Parlimen Baru.

Menurut wartawan Harakah itu, Abdul Aziz dan Tian Chua telah dimasukkan ke dalam trak yang sama dengan beliau. Kesemua mereka sebelumitu dikumpulkan di Dataran Merdeka sebelum dibawa ke Pulapol menaiki bas PDRM dan trak polis. Di dalam trak itu, ramai antara mereka yang cedera dan berdarah. (Hrkh)

No comments:

Post a Comment