Menurut beliau, cara di mana laporan minoriti yang cuba dibentangkan ditolak juga turut menimbulkan persoalan serius berkenan keikhlasan kerajaan terhadap proses transformasi tersebut.
“Amanah menyambut baik kenyataan Najib yang mahukan pilihan raya akan datang dijalankan dalam situasi yang adil dan bersih, dan menolak untuk dipilih berdasarkan penipuan.
“Namun begitu, cara PSC membentangkan laporannya di Parlimen dan diluluskan tanpa bahas dan juga cara dimana laporan minoriti yang dibentangkan pula ditolak mentah-mentah adalah sesuatu yang membimbangkan dan menimbulkan persoalan yang serius tentang keikhlasan kerajaan,” jelas Abdul Kadir dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, situasi berkenaan telah menambahkan keresahan dalam kalangan rakyat yang mana kemudiannya menjurus kepada perhimpunan Bersih 3.0 yang bakal dianjurkan pada 28 April.
“Tambahan pula tidak had waktu ditetapkan dalam laporan PSC tersebut tentang bilakah cadangan-cadangan tersebut akan dilaksanakan.
“Semuanya ini menimbulkan keresahan di kalangan rakyat yang amat sangat yang mana memberi justifikasi untuk diadakan Bersih 3.0,” katanya.
Beliau turut menyatakan rasa terkilan apabila dua daripada cadangan Amanah berkenaan kebebasan media arus perdana, dan menolak penggunaan agensi keselamatan dan entiti berkaitan kerajaan seperti GLC untuk berkempen tidak mendapat perhatian Putrajaya.
“Mustahil kita boleh mengadakan pilihanraya yang bebas dan bersih dalam keadaan sekarang ini, dalam suasana sekarang ini,” tegasnya.
“Amanah yakin cadangan-cadangan tersebut boleh dilaksanakan dengan mudah jika terdapat kesungguhan dan keikhlasan dari pihak kerajaan. Ianya tidaklah rumit untuk dilaksanakan,” tambahnya.
Malah, beliau sekali menegaskan, pilihan raya akan datang tidak seharusnya dijalankan selagi Suruhanjaya Pilihan Raya, PSC, dan Putrajaya belum selesai mengkaji cadangan tersebut sepenuhnya.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment