April 26, 2012
“Kami telah dijemput oleh ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar
Ibrahim) untuk memantau beberapa isu berkenaan pilihan raya dan
mengemukakan laporan cadangan dan akan diserahkan kepada parti politik,
termasuk kerajaan dan juga pembangkang,” jelas ahli jawatankuasa
kumpulan bebas tersebut, Senator Nicholas Xenophon.
Walaupun telah dijemput oleh pembangkang, Nicholas yang merupakan senator bebas dari Selatan Australia itu menjelaskan, kumpulan tersebut tidak dibiayai mana-mana pihak, sebaliknya datang ke Malaysia hanya sebagai “rakan demokrasi” Malaysia untuk memberikan pandangan memperbaiki sistem pilihan raya sebagai sahabat.
“Ada beberapa isu berkenaan pilihan raya yang akan diperhatikan. Kami bukan datang untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia, kami datang sebagai rakan demokrasi untuk memberikan cadangan penambah baikan sistem pilihan raya di negara ini.
“Berdasarkan maklumat awal, terdapat beberapa isu yang menjadi perhatian kami iaitu, tempoh berkempen untuk pilihan raya, integriti daftar pemilih, satu undi satu nilai, dan akses media menjelang pilihan raya,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambahnya lagi, laporan interim tersebut akan diserahkan kepada kerajaan dan pembangkang dalam tempoh dua minggu dari sekarang, yang mana dakwanya bersifat neutral dan tidak berat sebelah.
“Kami akan menemui wakil-wakil daripada kerajaan dan pembangkang, termasuk masyarakat umum untuk melengkapkan laporan tersebut, dan laporan itu akan dibentangkan kepada umum.
“Kami tidak datang untuk mengkritik, tetapi lebih kepada rakan yang bersifat adil dan tidak berat sebelah kerana kami mengambil pandangan daripada semua pihak,” tambahnya.
Antara panel lain pasukan pemantau “pra-pilihan raya” itu adalah Naib Presiden Kanan Parti Nasional. Pakistan, Senator Mir Hasil Khan Bizenjo, Presiden Persatuan Undang-Undang Filipina, Dean Amado Valdez, dan Projek Koordinator Yayasan Kebebasan Freidrich Naumann, Juliane Schmucker, termasuk Dr Clinton Fernandes dari Australia.
Antara ahli lain kumpulan pemantau itu termasuk juga wartawan dari India, Mobashar Jawed Akbar, dan Pengerusi Ikatan Ilmuan Indonesia Internasional Mohamad Nasir Tamara Tamimi.
Kumpulan itu juga berkemungkinan akan turut memantau perhimpunan Bersih 3.0, “Duduk Bantah” yang dijangka berlaku Sabtu ini di Dataran Merdeka. The Malaysian Insider

No comments:
Post a Comment