Aziz menerima kunjungan daripada Eksekutif Jualan KTC, Roshatika Abu Bakar ketika menerima rawatan di ICU Hospital Pakar Perdana
KOTA BHARU:
Akibat mengambil ubat tanpa pemeriksaan doktor, Ketua Pegawai Operasi
Kelantan Trade Center (KTC), Aziz Desa dimasukkan ke unit rawatan rapi
(ICU) Hospital Pakar Perdana di sini, kelmarin.
Beliau mulanya hanya mengalami kebas tangan dan kaki, sebelum mendapatkan ubat di farmasi.
“Namun,
setelah dirujuk pada doktor, kesan daripada ubat itu menyebabkan saya
sakit dada, muntah, pening dan jantung berdegup kencang.
“Saya kemudian ke hospital ini untuk pemeriksaan dan ditahan di ICU untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Aziz,
yang turut mempunyai masalah kencing manis sejak beberapa tahun lalu
juga mengakui ubat kebas diambil itu turut memberi kesan terhadap
penyakit tersebut.
“Tak
sangka saya akan seteruk ini, sehingga terpaksa bermalam di wad, dan
dipantau doktor setiap masa,” katanya yang dinasihatkan untuk berada di
wad itu selama seminggu.
Ditanya
sama ada isu yang timbul sepanjang menerajui KTC turut mempengaruhi
masalah kesihatannya, Aziz berkata, mungkin kerana terlalu banyak
berfikir menyebabkan beliau terleka sehingga mengganggu kesihatan.
“Kerja
saya tidak begitu banyak, tetapi mungkin saya terlalu banyak berfikir.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz masuk wad sebab jaga kerajaan, saya
masuk wad sebab jaga KTC,” katanya sambil ketawa.
Sementara
itu, Aziz, yang juga pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9, mula menerajui
KTC Februari lalu, dan sejak itu pelbagai program dilakukan dalam
menaikkan nama pusat konvensyen itu.
Bagaimanapun,
pelbagai polemik dan salah faham tercetus di sebalik keberanian dan
ketegasan beliau ketika menjalankan tanggungjawab diamanahkan.
No comments:
Post a Comment