
PERUBAHAN muka Byron Widner yang menjalani proses rawatan membuat tatu pada muka dan lehernya
PASADENA, Amerika Syarikat (AS) - Seorang bekas gengster skinhead di AS,
Byron Widner mengalami sakit kepala dan kesakitan lain selepas
menjalani pembedahan untuk membuang tatu perkauman pada muka sehingga ke
kakinya.
Menyentuh mengenai kesakitan itu, Widner berkata: "Ia merupakan harga yang kecil untuk dibayar bagi menjadi manusia semula."
Dia kini tinggal di sebuah lokasi rahsia bersama isterinya, Julie
Larsen, dan anaknya untuk membina kehidupan baharu selepas berkahwin
pada 2006.
Widner bergelumang dengan kumpulan gengster selama 16 tahun.
Dia merupakan pengasas bersama sebuah kumpulan perkauman kulit putih
skinhead yang beroperasi di Indiana dan Ohio yang dikenali sebagai Kelab
Sosial Vinlanders.
Namun, Widner kemudian insaf selepas menyedari dia tidak mahu
membesarkan anaknya dalam budaya permusuhan dan keganasan yang melanggar
batas undang-undang.
Dia menjalani proses membuang tatu selama 20 bulan dengan bantuan kewangan Pusat Undang-Undang Kemiskinan Selatan. - Agensi
No comments:
Post a Comment