harakahdaily
Salmah Mat Husain, | 04 Apr 2012 |
(Penal dan moderator forum 'Putrajaya Bermula di sini' di Kota Bharu malam semalam)
KOTA BHARU, 4 April: Kerajaan BN dijangka akan mengalami nasib yang sama sebagaimana kerajaan ‘Firaun’ yang akan ditenggelamkan oleh rakyat pada pilihanraya umum akan datang akibat rasuah.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Dana PRU 13, anjuran PAS Kota Bharu yang bertajuk ‘Putrajaya Bermula di sini’.
Turut berucap sebagai panel Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution.
“Mana-mana destinasi di dunia ini bukan sahaja di Timur Tengah, sebaliknya China, India juga hancur kerana rasuah, penyalahgunaan kuasa,”ujar Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Pada masa yang sama beliau turut menempelak kerajaan BN yang mendakwa negara mempunyai hasil mahsul yang besar.
“Tak guna kalau kerajaan ada hasil mahsul yang banyak kalau ada buaya ganas, habis ditelannya,”ujarnya sambil disambut sorak para yang hadir.
Sementara itu, Saifuddin pula berkata empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat menjadi model untuk rakyat menilai khususnya pada PRU akan datang.
Katanya, kecemerlangan negeri di bawah pentadbiran PR, khususnya dari ekonomi, sewajarnya menjadi modal untuk disebarkan kepada rakyat.
“Tiga buah negeri di bawah PR, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, berjaya meningkatkan hasil negeri, malah dapat membayar hutang kerajaan negeri yang ditinggalkan BN sebelum ini,”ujarnya.
Ceramah berkenaan dapat diikuti oleh rakyat Malaysia di seluruh dunia melalui UT TV dan Kelantan TV.
No comments:
Post a Comment