Thursday, April 12, 2012

Doktor pelatih ditemui mati akibat lebihan dos


CHANG TAT ditemui mati di dalam tandas Wad Pediatrik Hospital Kajang, Selangor oleh rakan setugasnya semalam.

KAJANG – Kakitangan Hospital Kajang di sini semalam gempar apabila seorang doktor pelatih yang telah bekerja selama lima hari berturut-turut tanpa cuti ditemui mati di dalam tandas di Wad Pediatrik hospital itu selepas dia disyaki terlebih dos setelah menyuntik sejenis ubat ke dalam badannya.

Mayat Lee Chang Tat, 29, ditemui pada pukul 7 pagi oleh rakan setugasnya dalam keadaan terbaring dan pucat di dalam tandas wad berkenaan. Sebatang picagari turut ditemui di sisi mayat doktor pelatih itu yang telah berkhidmat selama tiga tahun di hospital tersebut.

Belum dipastikan lagi motifnya tetapi ada kemungkinan mangsa bertindak menyuntik cecair itu ke dalam tubuhnya akibat keletihan.

Sebelum kejadian, mangsa yang merupakan pegawai perubatan siswazah bertugas pada syif malam bermula pukul 9 malam di wad tersebut. Dia telah berkahwin sejak tiga tahun lalu.

Seorang pengawal keselamatan Hospital Kajang memberitahu, dia bergegas ke wad berkenaan sebaik terdengar bunyi kecoh sekumpulan kakitangan yang menyedari mengenai kematian doktor pelatih tersebut.

No comments:

Post a Comment