Thursday, April 19, 2012

Fail rahsia UK berhubung Batang Kali 'hilang'


Britain mengeluarkan ribuan fail sulit sepanjang era penjajahan semalam, tetapi petugas arkib mendapati dokumen berkaitan dakwaan pembunuhan beramai-ramai di Batang Kali pada 1948 hilang.

Kertas sulit - yang kewujudannya hanya terdedah tahun lepas - berkaitan zaman pascapenjajahan Britain termasuk darurat di Malaya dan kebangkitan Mau Mau di Kenya pada 1950-an dan 1960-an, lapor AFP.

NONEAgensi berita antarabangsa itu juga melaporkan, dokumen itu termasuk amaran bapa Barrack Obama terhadap sentimen "anti-putih" di kalangan orang Kenya yang menuntut di Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa British membawa balik dokumen itu ke London ketika negara-negara itu merdeka dan kertas itu menunjukkan mereka merancang untuk membakar sebahagian daripadanya.

Pejabat Luar hanya mengakui mempunyai arkib itu pada Januari 2011 apabila empat warga Kenya menyaman kerajaan British atas dakwaan menyalahgunakan kuasa di kem tawanan.

Pihak yang bersimpati pihak yang terselamat - melibatkan pembunuhan 24 penoreh getah tidak bersenjata oleh tentera British - masih membangkitkan perkara itu.

Selain memfailkan saman untuk memaksa kerajaan British menjalan inkuiri, mereka juga mengadakan perhimpunan mengutuk perkara itu ketika Perdana Menteri British melawat Malaysia baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment