Menurut Penyelarasnya, Lee Chean Chung, gabungan tersebut mendesak persaraan menteri besar Pahang tanpa mengira pihak mana yang membentuk kerajaan negeri itu selepas pilihanraya umum Ke-13.
“Biarpun Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat yang memerintah, Adnan Yaakob (kiri) wajib bersara,” kata Lee dalam satu kenyataan.
Menurutnya, gabungan tersebut akan memulakan jejak di sekitar Pahang supaya dapat merealisasikan matlamat mereka.
Gabungan tersebut juga, tambahnya, akan turut mendedahkan dakwaan salahguna kuasa dan kes rasuah yang berlaku sepanjang tempoh pentadbiran di bawah Adnan.
“Sebarang pendedahan kes rasuah ataupun pertanyaan boleh hubungi 012-954049, 013-9359898 ataupun emel gabungantukar@gmail.com,” tambahnya.
Selain itu, katanya, gabungan itu juga ditubuhkan kerana mendakwa Adnan tidak mengendahkan kepentingan rakyat dalam isu Lynas dan didakwa mudah naik marah, termasuk tindakannya menggunakan perkataan "bodoh" terhadap wartawan.
Selain itu, Lee turut mengalu-alukan penyertaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama yang bernama PEDAS yang diketuai oleh J K Pang.
“Kita juga berharap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan, parti politik dan individu menyertai gabungan TUKAR supaya dapat membawa perubahan di Pahang tercinta kita,” tambahnya.
No comments:
Post a Comment