Video protes aman tukar kecoh Adam Adli pula ditumbuk
Proses pembersihan penduduk flat PKNS Kampung Kerinchi dicemari insiden pergaduhan apabila tiga aktivis mahasiswa terlibat bersama anggota yang didakwa dari NGO, Pekida.
Tiga aktivis mahasiswa terlibat ialah Adam Adli, Safwan Anang dan Ekhsan Bukhoree. Difahamkan Ekhsan ditahan di Balai Polis Lembah Pantai dan kemudian dibebaskan.
Insiden pergaduhan itu bermula apabila wujud provokasi dari kumpulan Pekida terbabit ketika ketiga-tiga mahasiswa berkenaan berada di tingkat 3, iaitu salah satu flat yang akan dirobohkan.
Kedengaran kumpulan terbabit menjerit ‘turun Adam Adli’ dan apabila Adam dan tiga rakannya lain turun dari flat itu, mereka diserbu dan tercetusnya pergaduhan.
Adam ditumbuk di bahagian mata sebelah kiri dan keadaan mulai kecoh sehingga dileraikan anggota polis.
Keadaan yang mulai tegang dileraikan polis sehingga beberapa minit kemudian, FRU mulai kelihatan untuk mengawal keadaan sekitar.
Proses pembersihan flat Kerinchi ini sepatutnya dijalankan awal pagi ini, namun mendapat bantahan daripada 34 penduduk yang masih enggan berpindah atas sebab tertentu.
Mereka memohon menangguhkan tarikh mengosongkan flat berkenaan sehingga 1 Julai untuk mereka membuat persediaan untuk berpindah.
Video siaran langsung dari Parlimen Malaysia. Artikel diatas telah diolah oleh penulis dan dikreditkan dari sumber asal seperti Malaysia Kini, Harakah Daily, Utusan Malaysia, Sinar Harian, Harian Metro, Bernama, dan lain-lain lagi.
sumber:Blogpolitikus
Pakida kepala butoh larhhh,dgn melayu berani larh ko orang,apsal negro buat hal ko org diam,....babi haram jadah larh pekida....
ReplyDeleteKita pun dah tau dah Pekida tu sapa...kumpulan yang macamana...boleh jalan dengan pekida
ReplyDelete