Friday, April 6, 2012

Kabinet bincang laporan minoriti PSC, kata Nazri


Kerajaan akan meneliti kandungan laporan minoriti pembangkang bersama-sama dengan laporan jawatankuasa pilihan Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya yang dibentangkan di Dewan Rakyat Selasa lalu.

NONEMenteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Nazri Aziz (kanan) berkata
bahawa beliau telah mengemukakan laporan yang disediakan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat itu hari ini.

Bagaimanapun, laporan itu hanya akan dibincangkan minggu depan.

Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah membawa perkara itu kepada kabinet hari ini tetapi Pengerusi PSC, Datuk Maximus Ongkili kini berada di luar negara, maka ia diteliti Jumaat depan.

NONEPSC itu yang dianggotai sembilan ahli Parlimen, telah mengemukakan
22 cadangan untuk menambahbaik sistem pilihan raya.

Wakil Pakatan Rakyat - Azmin Ali (PKR-Gombak), Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai) dan Anthony Loke (DAP-Rasah) - yang tidak puas hati dengan laporan akhir PSC, merayu kepada Speaker Pandikar Amin Mulia supaya laporan minoriti mereka dilampirkan bersama laporan PSC, telah telah ditolak.

No comments:

Post a Comment