Harakahdaily, | 29 Apr 2012 |
(Sebahagian peserta perhimpunan Bersih 3.0 semalam)
KUALA LUMPUR: Agensi media antarabangsa, Reuters meramalkan pilihan raya umum ke 13 mungkin ditangguhkan ekoran pertembungan antara polis dengan peserta perhimpunan Bersih 3.0 semalam.
Menurut agensi berita itu, pertembungan semalam meningkatkan risiko negatif kepada pihak pemerintah dan boleh menyebabkan pilihan raya ditangguhkan yang sebelum ini diramalkan Jun ini.
"Mereka (polis) meminta orang ramai bersurai tetapi tidak memberikan amaran yang cukup," kata Aminah Bakri, 27, yang turut terkena balang gas pemedih mata tepat pada muka sebagaimana dilaporkan Reuters.
"Mereka tak kesah," katanya.
Tindakan polis yang dilihat ganas boleh meletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam risiko dan akan menyebabkan beliau menangguhkan pilihan raya umum yang mesti diadakan selewat-lewatnya Mac tahun depan padahal jangkaan awalnya Jun ini.
Rating sokongan terhadap Najib jatuh selepas tindakan polis menyekat perhimpunan Bersih sebelum ini namun ia telah naik kembali kepada hampir 70 peratus sejak kebelakangan ini, lapor media itu.
Keganasan yang dihasilkan oleh tindakan polis menembak gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 semalam dikecam hebat Pakatan Rakyat dan badan bukan kerajaan.
Mereka menyifatkan perhimpunan itu berjalan aman sehinggalah polis bertindak menembak gas pemedih mata dan water canon ke tengah-tengah ratusan ribu peserta perhimpunan.
No comments:
Post a Comment